Aliran Proses BNPL Takaful Kenderaan

Dapatkan perlindungan sekarang, bayar kemudian dengan mudah melalui Lenda Pay (Direct Lending).

Aliran Proses BNPL Takaful Kenderaan
1

Permohonan sebut harga

Pelanggan menghantar permohonan sebut harga melalui borang SMART-i.

2

Penyediaan sebut harga

HQ menyediakan dan menghantar sebut harga kepada pelanggan.

3

Pemilihan sebut harga

Pelanggan memilih sebut harga / pakej yang sesuai.

4

Kaedah bayaran

Pelanggan memilih kaedah bayaran BNPL (ansuran sehingga 12 bulan).

5

Imbas kod QR

Pelanggan mengimbas kod QR melalui aplikasi Lenda Pay. Semasa halaman bayaran, QR boleh dimuat turun dahulu, kemudian diimbas dari folder / gallery dalam app Lenda Pay.

6

Butiran bayaran

Pelanggan memasukkan jumlah bayaran dan memilih tempoh bayaran.

7

Pengesahan

Pelanggan mengesahkan pembayaran BNPL, kemudian muat naik screenshot pengesahan di borang SMART-i.

8

Pengeluaran covernote

HQ mengeluarkan covernote dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas bayaran diterima di akaun SMART-i.

9

Pembaharuan cukai jalan

Pelanggan memperbaharui cukai jalan melalui aplikasi MyJPJ atau MyEG.

Nota penting: Sila muat turun aplikasi Lenda Pay dari App Store atau Google Play dahulu untuk mendapatkan kelulusan had pembiayaan. Covernote tidak dikeluarkan semasa anda baru mohon ansuran — ia menunggu bayaran dari Direct Lending masuk ke akaun SMART-i dahulu.